Pada tahun 2014 ini, sempena di bulan ramadan ingin memcuba nasib dalam perniagaan, saya telah membuat 3 perencah: iaitu ikan bakar, ayam bakar dan Gulai Kawah. "perencah ikan bakar di buat sendiri dengan campuran 14 ramuan utama dan ia sangat digemari semua peringkat usia"
orang ramai yang ingin mencuba bolehlah berkunjung sendiri ke rumah saya beralamat pt 4612 Kg. Batu Lada , Kuala Krai. atau boleh melayari facebook Abdul Abbas.atau Hp: 019-9343784 (kak long) harga Rm5.00, berat250gram.untuk ikan bakar , Gulai Kawah dan untuk ayam bakar harga Rm4.00, berat 250gram. tidak termasuk kos pos/ penghantaran.
Sunday, July 13, 2014
PUASA KERANA IMAN DAN IKHLAS
“Barangsiapa berpuasa kerana iman dan ikhlas,
maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
Kalimat di atas adalah
kutipan dari hadits Abu Hurairah di mana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
”Barangsiapa yang berpuasa
di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah maka dosanya di
masa lalu pasti diampuni”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Baththol rahimahullah
mengatakan, “Yang dimaksud kerana iman adalah membenarkan wajibnya puasa dan
ganjaran dari Allah ketika seseorang berpuasa dan melaksanakan qiyam ramadhan.
Sedangkan yang dimaksud “ihtisaban” adalah menginginkan pahala Allah dengan
puasa tersebut dan senantiasa mengharap wajah-Nya.” (Syarh Al Bukhari libni
Baththol, 7: 22).
Entinya, puasa yang dilandasi
iman dan ikhlas itulah yang menuai balasan pengampunan dosa yang telah lalu.
Salah seorang ulama di
kota Riyadh, Syaikh ‘Ali bin Yahya Al Haddady hafizhohullah memberikan
faedah tentang hadits di atas:
1.
Amalan yang dilakukan
seseorang tidaklah manfaat sampai ia beriman kepada Allah dan mengharapkan
pahala dari Allah (baca: ikhlas). Jika seseorang melakukan amalan tanpa
ada dasar iman seperti kelakuan orang munafik atau ia melakukannya dalam rangka
riya’ )(ingin dilihat orang lain) atau sum’ah (ingin didengar orang lain)
sebagaimana orang yang riya’, maka yang diperoleh adalah rasa penat dan lelah
saja. Kita berlindungi pada Allah dari yang demikian.
2.
Sebagaimana orang yang
beramal akan mendapatkan pahala dan ganjaran, maka merupakan kurnia Allah ia
pun mendapatkan anugerah pengampunan dosa -selama ia menjauhi dosa besar-.
3.
Keutamaan puasa Ramadan
bagi orang yang berpuasa dengan jujur dan ikhlas adalah ia akan memperoleh
pengampunan dosa yang telah lalu sebagai tambahan dari pahala besar yang tak
hingga yang ia peroleh.
4.
Sebagaimana ditunjukkan dalam
hadits yang lain, pengampunan dosa yang dimaksudkan di sini adalah pengampunan
dosa kecil. Adapun pengampunan dosa besar maka perlu pada taubat yang khusus sebagaimana
diterangkan dalam hadits Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Di antara solat yang lima waktu, di antara Jumaat yang satu dan
Jumaat yang berikutnya, di antara Ramadan yang satu dan Ramadan berikutnya,
maka itu akan menghapuskan dosa di antara dua waktu tadi selama seseorang
menjauhi dosa besar.” (HR. Muslim).
Saturday, July 12, 2014
NIAT : KESANNYA KEPADA IBADAH PUASA RAMADAN
Sempena
bulan Ramadhan yang akan menjelang, antara perkara asas yang perlu diketahui
dalam mengerjakan ibadat puasa ialah niat. Sebab niat merupakan salah satu
rukun dalam ibadat puasa. Tanpa niat seseorang itu tidak dianggap berpuasa,
walaupun dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa,
seperti makan dan minum. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Shallallahu
'alaihi wasallam, sebagaimana sabda Baginda:
Maksudnya: “Hanya amalan-amalan itu dengan niat” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktu
berniat
Waktu
berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu
Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq. Oleh itu, bolehlah
dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, hatta
ketika sedang menunaikan sembahyang fardhu Maghrib. (Al-Majmu‘ 6/303)
Apabila
seseorang itu sudah berniat puasa pada mana-mana bahagian waktu malam, tidak
semestinya dia menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan
puasa seperti makan, minum, bersetubuh dan sebagainya. Perkara ini jika
dilakukan tidak membatalkan niat puasanya tadi, kecuali murtad, selama mana
perbuatan seperti makan dan minum itu jika ia dilakukan tidak melewati waktu
fajar shadiq. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam),
iaitu (waktu) fajar.” (Surah
Al-Baqarah, ayat 187)
Berdasarkan
ayat di atas, jika sekiranya perbuatan makan dan minum pada malam puasa
itu membatalkan niat puasa, maka sudah tentu tidak diharuskan baginya makan dan
minum sehingga terbit fajar. Akan tetapi, Allah mengharuskan makan dan minum pada
malam puasa sehinggalah terbit fajar. Maka jelas, perbuatan makan, minum dan
segala perkara yang membatalkan puasa, keculi murtad, pada malam hari puasa
tidak membatalkan niat puasa seseorang. (Al-majmu‘ 6/301, 303-304)
Berniat
puasa Ramadhan wajib dilakukan pada tiap-tiap malam, kerana ibadat pada setiap
hari puasa itu adalah dianggap ibadat yang berasingan di antara satu hari
dengan hari yang lain. Sebab itu apabila satu hari puasa itu terbatal, ia tidak
membatalkan puasa hari-hari yang terdahulu dan yang akan datang. Oleh itu,
tidak memadai satu niat sahaja bagi satu bulan puasa. Ini adalah berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar shadiq maka
tidak ada puasa baginya.” (Hadits
riwayat Al-Baihaqi dan Al-Daraquthni)
Niat
puasa Ramadhan itu sekurang-kurangnya ialah:
Ertinya: “Sahaja aku puasa Ramadhan”.
Niat
yang lengkap pula ialah:
Ertinya: “Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini
kerana Allah Ta‘ala.”
Niat yang
teragak-agak
Antara
syarat sah niat puasa, hendaklah niat itu datang dalam bentuk yang pasti atau
tidak teragak-agak.
Oleh
itu, jika seorang berniat untuk berpuasa dalam keadaan tidak pasti atau
teragak-agak, umpamanya dia berniat: “Jika saya cergas atau tidak letih untuk
berpuasa, saya akan puasa Ramadhan esok hari”, maka niat puasa seperti ini
adalah tidak sah, kerana bentuk niat seperti ini dianggap tidak pasti.
(Al-Majmu‘ 6/316)
Ragu-ragu
(syak) dalam berniat
Perasaan ragu-ragu (syak) pada siang hari puasa, sama ada sudah berniat
puasa pada malam hari ataupun tidak, boleh menjejaskan ibadat puasa seseorang
jika dia tidak dapat mengingati kembali apakah dia sudah berniat atau belum.
Jika
dia boleh mengingat kembali, walaupun setelah berlalu sebahagian besar waktu
siang atau setelah masuk hari seterusnya (selepas waktu Maghrib), bahawa dia
sudah berniat pada malam hari, maka puasanya dianggap sah. (Tuhfah al-Muhtaj
1/508, Al-Majmu‘ 6/315,317 dan Mughni al-Muhtaj 1/423)
Lupa
beniat
Sebagaimana
yang telah dijelaskan, niat puasa itu wajib dilakukan pada tiap-tiap hari waktu
malam. Oleh itu, orang yang terlupa berniat puasa pada mana-mana bahagian waktu
malam tidak sah baginya melakukan ibadat puasa dan wajib diqadha hari puasa
yang terluput itu pada hari lain di luar bulan Ramadhan, kecuali jika dia
berniat puasa sebulan pada malam pertama puasa sepertimana niat puasa dalam
mazhab Maliki.
Wajib
menahan diri
Mengikut
prinsip hukum syara‘, orang-orang yang tidak berpuasa tanpa ada sebab yang
dibenarkan oleh syara‘ diwajibkan ke atas mereka menahan diri daripada
melakukan perkara yang dilarang di siang hari puasa, seperti makan dan minum,
walaupun mereka ini tidak berpuasa.
Hal ini juga
sama keadaannya bagi orang-orang yang tidak berpuasa kerana terlupa berniat
puasa. Tidak boleh bagi mereka melakukan perkara-perkara yang ditegah bagi
orang yang berpuasa, seperti makan dan minum di siang hari, bahkan wajib ke
atas mereka menahan diri seperti orang berpuasa, walaupun mereka ini tidak
berpuasa. Sebab, terlupa berniat itu dianggap sebagai tidak memberi perhatian
yang serius dalam perkara ibadat. (Al-Majmu‘ 6/314, Mughni al-Muhtaj 1/438)
Niat puasa
dalam mazhab Maliki
Mengikut
pendapat dalam mazhab Maliki, boleh berniat sekali sahaja untuk melakukan
ibadat puasa yang wajib dikerjakan secara berturut-turut, seperti puasa sebulan
Ramadhan, dan niat itu dilakukan pada malam pertama puasa.
Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati dan berjaga-jaga demi untuk
mengelakkan terlupa berniat puasa, di samping berniat pada tiap-tiap malam,
adalah digalakkan berniat pada awal bulan Ramadhan dengan niat satu bulan,
dengan bertaqlîd (mengikut) pendapat mazhab Maliki.
Lafaz
niatnya ialah:
Ertinya: “Sahaja aku
puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”
Namun
begitu, perlu diketahui juga, jika puasa yang wajib dilakukan secara
berturut-turut itu, seperti puasa Ramadhan, terputus oleh sesuatu sebab, sama
ada sebab yang dibenarkan syara‘ ataupun tidak, maka niat sebulan puasa itu
tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya. Bahkan, hendaklah
diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa
berturut-turut. Dalam makna yang lain, berniat sekali lagi dan memadai
dengan sekali niat bagi semua hari-hari puasa yang berbaki.
Sebab-sebab
yang dikategorikan sebagai penghalang daripada puasa secara berturutan:
1)
Berlaku sesuatu yang mengharuskan seseorang itu tidak berpuasa, seperti sakit
atau dalam pelayaran, walaupun dia tetap juga berpuasa (tidak berbuka puasa).
2)
Berlaku sesuatu yang membatalkan puasa, seperti datang haidh, nifas, gila,
pengsan dan sebagainya
3) Berbuka
puasa atau tidak berpuasa tanpa apa-apa sebab yang dibenarkan oleh syara‘.
Oleh
itu, orang yang berniat sebulan puasa jika berlaku sesuatu yang mengharuskannya
tidak berpuasa, seperti sakit, dalam pelayaran atau sebagainya, maka niat puasa
sebulannya itu tidak lagi memadai (tidak boleh lagi dipakai) untuk hari-hari
puasanya yang seterusnya, walaupun dia tetap juga berpuasa (tidak berbuka)
dalam keadaannya sakit, dalam pelayaran atau sebagainya.
Begitu
juga bagi orang yang berlaku ke atasnya sesuatu yang membatalkan puasa, seperti
datang haidh, nifas, gila, pengsan dan sebagainya, niat puasa sebulannya itu
tidak boleh lagi dipakai untuk hari-hari puasanya yang seterusnya.
Sebab,
ibadat puasa orang-orang seperti ini tidak lagi termasuk di dalam kategori
puasa yang wajib dikerjakan secara berturut-turut yang menjadi syarat (dalam mazhab
Maliki) bagi berniat sebulan itu.
Khusus
bagi orang yang berlaku ke atasnya sesuatu sebab yang mengharuskan dia berbuka
puasa, seperti orang sakit dan orang yang dalam pelayaran, jika dia hendak
berpuasa juga dalam keadaannya sakit atau dalam pelayaran atau sebagainya,
hendaklah dia berniat puasa pada tiap-tiap malam. (Al-Qawanin al-Fiqhiyyah 104,
Hasyiah al-Dusuqi 1/812-813 dan Taqrirat ‘Ulaisy 1/812-813)
Berniat
membatalkan puasa
Adakah
berniat membatalkan puasa sesudah berniat puasa memberi kesan terhadap niat
puasa dan ibadat puasa itu sendiri? Umpamanya, apabila seorang itu berniat
puasa, kemudian selepas beberapa ketika atau beberapa jam dia berniat pula
untuk tidak berpuasa.
Untuk
mengetahui kedudukan hukum masalah ini perlu dilihat kepada dua keadaan, iaitu:
1)
Membatalkan niat puasa sebelum masuk waktu puasa
(sebelum terbit fajar)
Orang yang berniat puasa,
kemudian selepas beberapa ketika atau beberapa jam sebelum terbit fajar, dia
pula berniat membatalkannya atau berniat untuk tidak berpuasa, maka dalam hal
ini niatnya untuk melakukan ibadat puasa menjadi terbatal dan tidak sah baginya
untuk berpuasa dengan niatnya yang mula-mula atau yang pertama itu. Sebab, dia
telah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan niat yang pertama tadi.
Untuk itu, hendaklah dia
berniat puasa semula bagi membolehkannya melakukan ibadat puasa dan tidak memadai
dengan niatnya yang pertama.
2) Berniat membatalkan puasa di siang hari
Orang yang berpuasa yang membatalkan niatnya di siang hari untuk tidak
meneruskan puasanya pada siang hari itu ataupun berniat berbuka puasa pada
siang hari, niat tersebut tidak membatalkan puasanya, selama mana tidak
diiringi dengan sesuatu yang boleh membatalkan puasa, seperti makan, minum,
bersetubuh dan sebagainya. Ini adalah pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab
Syafi‘e. (Tuhfah al-Muhtaj 1/508, Majmu’ 3/248, 6/313 dan Mughni al-Muhtaj
1/424)
Oleh itu, niatnya pada siang hari untuk membatalkan puasanya itu tidak
memberi apa-apa kesan terhadap ibadat puasanya dan dia tetap dianggap
berpuasa.
Kesimpulan
Niat
pada pandangan syara‘ adalah titik tolak permulaan bagi seorang itu melakukan
ibadat, termasuk ibadat puasa. Walaupun persoalan niat itu nampak seperti
perkara biasa, tetapi ianya penting difahami dengan betul, kerana kesannya amat
besar dalam ibadat.
Sumber rujukan
daripada irsyad hukum Mufti Brunei
Tuesday, October 8, 2013
DUA PULUH AMALAN YANG DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA KECIL
Sahabat yang
dirahmati Allah,
Setiap anak Adam selain daripada Nabi dan Rasul akan melakukan kesalahan dan berdosa. Sebaik-baik mereka yang berdosa adalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Selain daripada istighfar dan taubat yang kita ucapkan untuk memohon ampun kepada Allah SWT , terdapat dua puluh amal soleh dan amal ibadah yang boleh menjadi penebus dosa-dosa kita.
Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: 'Ya, wahai Rasulullah'. Baginda bersabda : 'Sempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmidzi)
Dalam hadis yang lain sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Jika seseorang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu darjat dan hapus satu dosa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Kedua : Puasa hari Arafah dan Asy Syura.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus (dosa selama) setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari Asy Syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ketiga : Solat Terawih di bulan Ramadan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa menegakkan Ramadan (solat terawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
Keempat : Haji yang mabrur.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan (kejelekan) maka ia kembali seperti hari ibunya melahirkannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Kemudian dalam sabda baginda yang lain maksudnya : “Haji mabrur balasannya adalah syurga.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Maksud hadis ini jika dapat masuk syurga bermakna Allah SWT telah menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukannya hingga bersih daripada dosa.
Kelima : Memaafkan hutang orang yang tidak mampu membayarnya.
Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa . Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan cara yang mulia.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Mustaim, Abu Daud dan Tirmidzi).
Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Keenam : Memberi salam dan berkata baik .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik.” (Hadis Riwayat Al-Kharaithi dalam Makarim al Akhlak)
Ketujuh : Sabar atas musibah .
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Sesunguhnya apabila Aku menguji seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepada-Nya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya (dalam keadaan) bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Hadis Riwayat Ahmad)
Kelapan : Menjaga solat lima waktu dan Jumaat serta puasa Ramadan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Solat lima waktu dan Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kesembilan : Melaungkan Azan untuk solat fardu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya seorang muazin akan diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Kesepuluh : Melakukan solat fardu lima waktu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab, “Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun.” Baginda bersabda maksudnya : “Solat lima waktu menjadi sebab Allah menghapus dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Kesebelas : Memperbanyak sujud .
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua Belas : Mengerjakan solat malam.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hendaklah kalian solat malam, kerana ia adalah amalan orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Ketiga Belas : Berjihad di jalan Allah.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya : “Akan diampuni tiap dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” (Hadis Riwayat Muslim)
Keempat belas : Mengiringi haji dengan umrah.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Iringi antara haji dengan umrah, kerana pengiringan antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al-Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kelima belas : Bersedekah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 271)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :“Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan selainnya)
Keenam belas : Menegakkan hukum Allah SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum pidana maka dihapus dosa tersebut.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Ketujuh belas : Duduk di dalam masjid menunggu solat ke solat.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: 'ya wahai Rasulullah'. Baginda bersabda: 'menyempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah kemasjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath (merapatkan hubungan dengan Allah SWT)” (Hadis Riwayat Muslim dan Al Tirmidzi).
Kelapan belas : Berzikir selepas solat.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat,

سُبْحَانَ اللهِ(33 ×) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)وَاللهُ أَكْبَرُ (33 ×) لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
“Maha Suci Allah (33
x), segala puji bagi Allah (33 x) . dan Allah Maha Besar. (33 x) , Tidak ada
Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu
bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas
segala sesuatu.” ... maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di
laut.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/262, no. 939.)
Ke sembila belas : Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil , takbir dan hauqqalah.
Al-Baqiyatush Shalihat terdiri atas kalimat :
1. Tasbih : Subhanallah 2. Tahmid : Alhamdulillah 3. Tahlil : Laa Ilaaha Illallaah
4. Takbir : Allahu Akbar 5. Hauqqalah : Lahaula Walakuwwata Illaabilla
Dari Ummu Hani ra dia berkata:”Suatu ketika lewatlah Rasulullah SAW dihadapanku. Lalu saya berkata , “Ya Rasulullah SAW saya sudah tua dan lemah. Beritahukanlah padaku suatau amalan agar dapat saya kerjakan sambil duduk” . Baginda bersabda:” Bacalah Subhanallah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan memerdekakan 100 orang budak dari keturunan Ismail. Bacalah Alhamdulillah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan mensedekahkan 100 ekor kuda yang bercahaya dan terkendali yang disedekahkan dijalan Allah. Bacalah Allahu Akbar 100 kali , itu seimbang bangimu dengan menyembelih 100 ekor unta yang terkorban dan diterima disisi Allah SWT. Dan bacalah Laa ilaaha illallah 100 kali” Abu Khalfin berkata aku kira pahalanya akan memenuhi antara langit dan bumi, dan tidak ada yang melebihinya darimu kecuali orang yang mengamalkannya melebihimu." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”
Kedua puluh : Mengerjakan solat tasbih.
Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :
"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.
Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian rukuk dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan rukuk, kemudian engkau bangun dari rukuk dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.
Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan amal-amal soleh dan amal ibadah yang akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Terlalu banyak dosa-dosa kecil yang kita lakukan tanpa kita sedari, maka dengan kita melakukan dua puluh amalan di atas diharapkan akan terhapuslah dosa-dosa kecil kita. Walaubagaimana pun dosa-dosa besar hanya terhapus dengan bertaubat kepada Allah SWT. Oleh itu banyakkan bertaubat dan beramal soleh semoga semua dosa-dosa kita di ampunkan oleh Allah SWT.

Sila rujuk abubasyer.blogspot.com
Monday, October 7, 2013
MENINGGAL SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT
Apa hukumnya meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat kerana tidak dibenarkan ketua dengan alasan tidak boleh meninggalkan kerja?
Apakah senarai uzur atau halangan yang membolehkan seseorang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat?
Apa tindakan yang patut dilakukan oleh seseorang yang dilarang meninggalkan kerja bersyif pada saat tibanya waktu menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, dengan catatan bahawa kerja bersyif itu boleh diambil alih oleh orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat, seperti perempuan dan orang yang bukan Islam?
Bagaimana pula tindakannya jika tidak ada orang yang mahu mengambil alih kerja itu?
Apa hukumnya seseorang ketua tidak membenarkan pegawainya yang sedang bekerja untuk pergi menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, sedangkan ketua itu boleh mengambil kebijaksanaan dengan menugaskan atau mencari (mengambil pekerja baru) orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat untuk melakukan kerja berkenaan?
Jawapan:
Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu.
Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah: 9)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya:
Maksudnya: “Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (bâligh).” (Hadis riwayat an-Nasa’i)
Tersebut di dalam kitab Mughni al-Muhtâj: “Bahawa syara‘ telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang Islam yang mukallaf iaitu bâligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqîm, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: “Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Tidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama: “Dan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah.” (Kitab Mughni al-Muhtâj: 1/376)
Dan berkata Ibnu ‘Abbas bahawa: “Sembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah.”
Di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid. Imam ar-Rafi‘e juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai keuzuran. (Kitab Mughni al-Muhtâj: 1/376)
Berkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab: “Bahawa tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang mendengar seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada sembahyang baginya kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran”. Mereka bertanya: “Ya Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab (bersabda): “Takut dan sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak). (Al-Muhadzdzab: 1/152).
Beliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing.
Daripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit. (Al-Muhadzdzab: 1/131)
Imam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya atau terhadap hartanya atau dia mempertahankan dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya. Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu. (Kitab al-Majmû‘: 4/100)
Maka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya, adalah keadaan tersebut termasuk dalam keuzuran yang diharuskan oleh syara‘, sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana mentaati ketua. Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara yang bukan maksiat dan bukan menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.”
(Surah an-Nisâ’: 59)
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Bagi seorang Muslim itu adalah wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perintah itu).”
(Hadis riwayat Muslim)
Hendaklah diingat, bahawa pegawai yang ditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Demikian juga menjadi kewajipan ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat, sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya. Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita mengaturkan orang-orang yang tidak wajib Jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan perempuan ataupun mereka yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari Jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi.
Sekiranya tidak terdapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawai-pegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya: Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain, si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya.
Perlu diingat, bahawa amaran kerana meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat.
Banyak hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi amaran sekeras-kerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang-orang munâfiq dan menjadi sebab turunnya kebinasaan di dunia dan di akhirat.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Di dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munâfiq.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang Jumaat:
Maksudnya: “Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”
(Hadis riwayat Muslim)
Wednesday, July 31, 2013
Monday, February 7, 2011
BERUBAT DENGAN BENDA YANG NAJIS
BERUBAT DENGAN BENDA YANG NAJIS
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Sakit adalah suatu perkara yang biasa menimpa manusia. Adakalanya sakit itu menimpa manusia dalam bentuk fizikal dan ada juga kalanya dalam bentuk spiritual. Dalam semua keadaan tersebut, orang sakit biasanya akan berusaha mencari ubat untuk menghilangkan sakit itu.
HUKUM BERUBAT
Berubat untuk menghilangkan penyakit itu adalah perkara yang digalakkan pada hukum syara‘. Bahkan ia boleh menjadi ibadah jika dilakukan dengan niat yang baik, seperti bertujuan untuk melaksanakan tuntutan syara’ dan bagi memulihkan kesihatan tubuh badan agar dapat beribadat dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan lebih sempurna.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah berubat dan menyuruh umatnya berubat. Sebagaimana dalam sebuah hadis, daripada Usamah bin Syuraik menjelaskan bahawa segolongan orang Arab pernah bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, kata mereka:
"Wahai Rasulullah adakah kami boleh berubat? Baginda menjawab: "Berubatlah kamu, kerana Allah ‘azza wajalla tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya, melainkan satu jenis penyakit, iaitu sakit tua." (Hadis riwayat Abu Daud)
Dalam hadis yang lain pula, daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penyembuh." (Hadis riwayat Bukhari)
Sabda Baginda lagi Maksudnya: "Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘azza wajalla." (Hadis riwayat Muslim)
Sebagaimana yang dijelaskan di atas, bahawa perbuatan berubat itu ternyata digalakkan dalam Islam. Namun begitu, persoalan yang timbul bagaimanakah cara berubat yang dibenarkan oleh hukum syara‘?
CARA BERUBAT
Pada dasarnya ubat atau penawar yang dianjurkan untuk dipakai mestilah ubat-ubatan yang halal, suci, bukan yang diharamkan dan dapat diterima oleh naluri pesakit.
Berubat dengan benda yang haram itu tidak dibenarkan, bahkan ia diharamkan kecuali dalam keadaan darurat. Ini jelas bersandarkan daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu, dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud)
Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas‘ud katanya:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari)
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)
Berdasarkan hadis-hadis ini, jika penyakit seseorang itu masih dalam peringkat biasa yang tidak membahayakan, maka sesetengah ulama berkata bahawa adalah tidak harus yakni haram berubat dengan benda-benda najis itu.
HIKMAT PENGHARAMANNYA
Ibnu al-Qayyim Rahimahullah ada menerangkan lebih jelas lagi rahsia ini, bahawa larangan tidak dibenarkan benda-benda yang diharamkan sebagai ubat penawar penyakit itu ialah, kerana antara syarat boleh mendapat kesembuhan menerusi sesuatu ubat itu ialah jika terdapat sikap meneri Adapun sudut rahsia atau hikmat ia diharamkan, mengikut para ulama Islam; najis itu menjijikkan dan tidak disukai oleh akal dan naluri. Jadi ia tidak layak dipakai atau dijadikan untuk penawar penyakit.
ma (suka) kepada ubat berkenaan, dan ada keyakinan terhadap khasiat (manfaatnya), di samping percaya, padanya ada keberkatan yang dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kemudian bagi seorang Islam pula, yang haram itu memanglah kotor, najis dan menjijikkan. Setiap yang kotor dan menjijikkan, ia tidak diterima bahkan ditolak oleh naluri yang sihat.
Demikian itulah kedudukan najis yang diharamkan, mengapa ia tidak sesuai untuk dijadikan ubat, kerana syarat untuk ianya dapat diterima oleh naluri yang sihat tidak ada lagi. Inilah antara rahsia atau sebab mengapa berubat dengan yang haram itu dilarang. (At-Tibb an-Nabawi: 126)
Demikian antara pendapat ulama mazhab lain di luar mazhab Syafi’e.
BERUBAT DENGAN BENDA-BENDA NAJIS
Tidak dinafikan, ada juga antara penyakit itu yang sukar ditemui ubatnya. Sebahagiannya pula boleh disembuhkan dengan menggunakan ubat-ubatan daripada benda-benda najis iaitu berdasarkan pengalaman orang-orang terdahulu.
Oleh kerana itu, menurut pendapat yang ashah dalam mazhab Syafi‘e, adalah harus berubat dengan segala benda najis, kecuali yang memabukkan, dengan alasan bahawa berubat itu adalah merupakan perkara darurat. Sedangkan darurat itu mengharuskan kita mengambil apa yang ditegah, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:Tafsirnya: "Dan sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada kamu satu persatu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali yang terpaksa kamu memakannya." (Surah Al-An‘am: 119)
Berdasarkan ayat tersebut dan ayat-ayat seumpamanya, maka para ulama telah menggariskan kaedah: Ertinya: "Keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang dilarang."
Walau bagaimanapun, penggunaan najis sebagai ubat itu masih juga terikat dengan tidak melampaui batas, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ma’idah: 3)
FirmanNya lagi:
Tafsirnya: "Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Baqarah: 173)
Imam an-Nawawi Rahimahullah juga berpendapat bahawa harus berubat dengan najis selain arak. Hukum keharusan berubat itu sama sahaja bagi semua najis melainkan yang memabukkan. Ini berdasarkan daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: "Bahawa serombongan suku ‘Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka: "Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab: "Baiklah." Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya." (Hadis riwayat Bukhari)
Walau bagaimanapun, Imam an-Nawawi ada menyebutkan lagi daripada pendapat lain. Bahawa keharusan berubat dengan najis itu hanyalah dibolehkan apabila tidak ditemui ubat yang suci yang boleh menggantikannya. Jika ada ubat yang suci, maka haramlah berubat dengan najis tersebut.
Sebagaimana Al-‘Izz bin Abdussalam Rahimahullah berkata:
Ertinya: "Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang ashah."
Oleh yang demikian, berdasarkan daripada penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa berubat untuk menyembuhkan penyakit itu adalah perkara yang digalakkan dalam Islam. Ubat-ubatan yang digunakan hendaklah daripada benda-benda yang halal dan suci. Di samping itu, harus berubat dengan benda-benda yang najis selain sesuatu yang memabukkan jika tidak ada ubat lain yang suci sebagai penggantinya.
keluaran Mufti kerajaan Brunei Darussalam
Subscribe to:
Posts (Atom)