Wednesday, July 16, 2014

NIKMAT KURNIAAN ALLAH


·                     Iman
·                     Islam
·                     Akal
·                     Kesihatan tubuh badan
Cara bersyukur
Anggota
Cara
Hati
Sentiasa mengingati Allah
Lidah
Mengucapkan alhamdulillah ketika mendapat nikmat
Tubuh Badan
Menggunakan nikmat untuk kebaikan (zakat, sedekah)

Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hud a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka

Sebab umat terdahulu dibinasakan
1.                  Menoak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
2.                  Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
3.                  Melakukan kemungkaran dan maksiat
4.                  Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan

Tugas manusia sebagai khalifah
·                     beribadat kepada-Nya
·                     menegakkan agama Islam
·                     melaksanakan amar makruf nahi mungkar
·                     membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat

Pengajaran ayat
·                     Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
·                     manusia mesti bersyukur nikmat Allah
·                     orang tidak bersyukur diazab Allah


Tuesday, July 15, 2014

DO’A KETIKA BERBUKA PUASA, DO’A YANG MUSTAJAB


 “Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak”. Jadi jangan lupakan memohon hajat lewat do’a setiap kita berbuka.

Imam Ibnu Majah menyebutkan beberapa hadits yang menyebutkan bahwa secara umum, do’a orang yang berpuasa adalah do’a yang mustajab.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ »

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tiga do’a yang tidak tertolak:
(1) do’a pemimpin yang adil,
(2) do’a orang yang berpuasa sampai ia berbuka,
(3) do’a orang yang terzholimi.

(HR. Tirmidzi no. 3595, Ibnu Majah no. 1752. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Hibban dalam shahihnya no. 2408 dan dihasankan oleh Ibnu Hajar. Lihat catatan kaki Zaadul Ma’ad, 2: 50).

Juga ada hadits,

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ »

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” (HR. Ibnu Majah no. 1753.

Dalam sanadnya terdapat Ishaq bin ‘Ubaidillah. Ibnu Hibban memasukkan perowi ini dalam perowi tsiqoh. Perowi lainnya sesuai syarat Bukhari. Hadits ini dikuatkan dengan hadits sebelumnya yang telah disebutkan. Lihat catatan kaki Zaadul Ma’ad, 2: 49-50).

Jika dikatakan bahwa waktu berbuka puasa adalah waktu mustajabnya do’a, maka jangan tinggalkan sunnah ini untuk memohon setiap hajat kita, hajat apa pun itu. Dan amalan ini berlaku untuk puasa wajib dan puasa sunnah karena haditsnya adalah mutlak untuk setiap puasa.

Adapun do’a khusus yang diajarkan Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam- ketika berbuka adalah dzahabzh zhoma-u wabtalatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah (dahaga telah hilang, urat-urat telah basah, dan moga ditetapkan pahala insya Allah). Inilah hadits yang shahih yang patut diamalkan.

Sedangkan do’a “allahumma laka shumtu …” tidaklah shahih karena perowinya matruk (pendusta), sebagaimana telah diterangkan dalam tulisan “Kritik Do’a Buka Puasa Allahumma Laka Shumtu“.

Baca pula artikel Rumaysho.Com: 11 Amalan Ketika Berbuka Puasa.
Semoga yang singkat ini bermanfaat. Hanya Allah yang memberi taufik.

Referensi:
Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, tahqiq: Syu’aib Al Arnauth dan ‘Abdul Qadr Al Arnauth, terbitan Muassasah Ar Risalah, cetakan keempat, tahun 1425 H.



Sunday, July 13, 2014

NIAGA : PROSES PES IKAN BAKAR , AYAM BAKAR DAN GULAI KAWAH

Pada tahun 2014 ini, sempena di bulan ramadan  ingin memcuba nasib dalam perniagaan, saya telah membuat 3 perencah: iaitu ikan bakar,  ayam bakar dan Gulai Kawah. "perencah ikan bakar di buat sendiri dengan campuran 14 ramuan utama dan ia sangat digemari semua peringkat usia"

orang ramai yang ingin mencuba bolehlah berkunjung sendiri ke rumah saya beralamat pt 4612 Kg. Batu Lada , Kuala Krai. atau boleh melayari facebook Abdul Abbas.atau Hp: 019-9343784 (kak long) harga Rm5.00, berat250gram.untuk ikan bakar , Gulai Kawah dan untuk ayam bakar harga Rm4.00, berat 250gram. tidak termasuk kos pos/ penghantaran.

PUASA KERANA IMAN DAN IKHLAS

 “Barangsiapa berpuasa kerana iman dan ikhlas, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

Kalimat di atas adalah kutipan dari hadits Abu Hurairah di mana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah maka dosanya di masa lalu pasti diampuni”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Ibnu Baththol rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksud kerana iman adalah membenarkan wajibnya puasa dan ganjaran dari Allah ketika seseorang berpuasa dan melaksanakan qiyam ramadhan. Sedangkan yang dimaksud “ihtisaban” adalah menginginkan pahala Allah dengan puasa tersebut dan senantiasa mengharap wajah-Nya.” (Syarh Al Bukhari libni Baththol, 7: 22).

Entinya, puasa yang dilandasi iman dan ikhlas itulah yang menuai balasan pengampunan dosa yang telah lalu.

Salah seorang ulama di kota Riyadh, Syaikh ‘Ali bin Yahya Al Haddady hafizhohullah memberikan faedah tentang hadits di atas:

1.     Amalan yang dilakukan seseorang tidaklah manfaat sampai ia beriman kepada Allah dan mengharapkan pahala dari Allah (baca: ikhlas). Jika seseorang melakukan amalan tanpa ada dasar iman seperti kelakuan orang munafik atau ia melakukannya dalam rangka riya’ )(ingin dilihat orang lain) atau sum’ah (ingin didengar orang lain) sebagaimana orang yang riya’, maka yang diperoleh adalah rasa penat dan lelah saja. Kita berlindungi pada Allah dari yang demikian.

2.    Sebagaimana orang yang beramal akan mendapatkan pahala dan ganjaran, maka merupakan kurnia Allah ia pun mendapatkan anugerah pengampunan dosa -selama ia menjauhi dosa besar-.

3.    Keutamaan puasa Ramadan bagi orang yang berpuasa dengan jujur dan ikhlas adalah ia akan memperoleh pengampunan dosa yang telah lalu sebagai tambahan dari pahala besar yang tak hingga yang ia peroleh.

4.    Sebagaimana ditunjukkan dalam hadits yang lain, pengampunan dosa yang dimaksudkan di sini adalah pengampunan dosa kecil. Adapun pengampunan dosa besar maka  perlu pada taubat yang khusus sebagaimana diterangkan dalam hadits Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Di antara solat yang lima waktu, di antara Jumaat yang satu dan Jumaat yang berikutnya, di antara Ramadan yang satu dan Ramadan berikutnya, maka itu akan menghapuskan dosa di antara dua waktu tadi selama seseorang menjauhi dosa besar.” (HR. Muslim).


Saturday, July 12, 2014

NIAT : KESANNYA KEPADA IBADAH PUASA RAMADAN

   
Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang, antara perkara asas yang perlu diketahui dalam mengerjakan ibadat puasa ialah niat. Sebab niat merupakan salah satu rukun dalam ibadat puasa. Tanpa niat seseorang itu tidak dianggap berpuasa, walaupun dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, seperti makan dan minum. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya: “Hanya amalan-amalan  itu dengan niat”   (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 Waktu berniat

 Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq. Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, hatta ketika sedang menunaikan sembahyang fardhu Maghrib. (Al-Majmu‘ 6/303)
 Apabila seseorang itu sudah berniat puasa pada mana-mana bahagian waktu malam, tidak semestinya dia menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, bersetubuh dan sebagainya. Perkara ini jika dilakukan tidak membatalkan niat puasanya tadi, kecuali murtad, selama mana perbuatan seperti makan dan minum itu jika ia dilakukan tidak melewati waktu fajar shadiq. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu (waktu) fajar.”     (Surah Al-Baqarah, ayat 187)

 Berdasarkan ayat di atas, jika sekiranya perbuatan makan dan minum  pada malam puasa itu membatalkan niat puasa, maka sudah tentu tidak diharuskan baginya makan dan minum sehingga terbit fajar. Akan tetapi, Allah mengharuskan makan dan minum pada malam puasa sehinggalah terbit fajar. Maka jelas, perbuatan makan, minum dan segala perkara yang membatalkan puasa, keculi murtad, pada malam hari puasa tidak membatalkan niat puasa seseorang. (Al-majmu‘ 6/301, 303-304)

 Berniat puasa Ramadhan wajib dilakukan pada tiap-tiap malam, kerana ibadat pada setiap hari puasa itu adalah dianggap ibadat yang berasingan di antara satu hari dengan hari yang lain. Sebab itu apabila satu hari puasa itu terbatal, ia tidak membatalkan puasa hari-hari yang terdahulu dan yang akan datang. Oleh itu, tidak memadai satu niat sahaja bagi satu bulan puasa. Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar shadiq maka tidak ada puasa baginya.”   (Hadits riwayat Al-Baihaqi dan Al-Daraquthni)
 Niat puasa Ramadhan itu sekurang-kurangnya ialah:

Ertinya: “Sahaja aku puasa Ramadhan”.
 Niat yang lengkap pula ialah:


Ertinya: “Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Niat yang teragak-agak
 Antara syarat sah niat puasa, hendaklah niat itu datang dalam bentuk yang pasti atau tidak teragak-agak.
 Oleh itu, jika seorang berniat untuk berpuasa dalam keadaan tidak pasti atau teragak-agak, umpamanya dia berniat: “Jika saya cergas atau tidak letih untuk berpuasa, saya akan puasa Ramadhan esok hari”, maka niat puasa seperti ini adalah tidak sah, kerana bentuk niat seperti ini dianggap tidak pasti. (Al-Majmu‘ 6/316)

 Ragu-ragu (syak) dalam berniat
 Perasaan ragu-ragu (syak) pada siang hari puasa, sama ada sudah berniat puasa pada malam hari ataupun tidak, boleh menjejaskan ibadat puasa seseorang jika dia tidak dapat mengingati kembali apakah dia sudah berniat atau belum.
 Jika dia boleh mengingat kembali, walaupun setelah berlalu sebahagian besar waktu siang atau setelah masuk hari seterusnya (selepas waktu Maghrib), bahawa dia sudah berniat pada malam hari, maka puasanya dianggap sah. (Tuhfah al-Muhtaj 1/508, Al-Majmu‘ 6/315,317 dan Mughni al-Muhtaj 1/423)
 Lupa beniat
 Sebagaimana yang telah dijelaskan, niat puasa itu wajib dilakukan pada tiap-tiap hari waktu malam. Oleh itu, orang yang terlupa berniat puasa pada mana-mana bahagian waktu malam tidak sah baginya melakukan ibadat puasa dan wajib diqadha hari puasa yang terluput itu pada hari lain di luar bulan Ramadhan, kecuali jika dia berniat puasa sebulan pada malam pertama puasa sepertimana niat puasa dalam mazhab Maliki.

Wajib menahan diri
 Mengikut prinsip hukum syara‘, orang-orang yang tidak berpuasa tanpa ada sebab yang dibenarkan oleh syara‘ diwajibkan ke atas mereka menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang di siang hari puasa, seperti makan dan minum, walaupun mereka ini tidak berpuasa.

Hal ini juga sama keadaannya bagi orang-orang yang tidak berpuasa kerana terlupa berniat puasa. Tidak boleh bagi mereka melakukan perkara-perkara yang ditegah bagi orang yang berpuasa, seperti makan dan minum di siang hari, bahkan wajib ke atas mereka menahan diri seperti orang berpuasa, walaupun mereka ini tidak berpuasa. Sebab, terlupa berniat itu dianggap sebagai tidak memberi perhatian yang serius dalam perkara ibadat. (Al-Majmu‘ 6/314, Mughni al-Muhtaj 1/438)

Niat puasa dalam mazhab Maliki
Mengikut pendapat dalam mazhab Maliki, boleh berniat sekali sahaja untuk melakukan ibadat puasa yang wajib dikerjakan secara berturut-turut, seperti puasa sebulan Ramadhan, dan niat itu dilakukan pada malam pertama puasa.

 Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati dan berjaga-jaga demi untuk mengelakkan terlupa berniat puasa, di samping berniat pada tiap-tiap malam, adalah digalakkan berniat pada awal bulan Ramadhan dengan niat satu bulan, dengan bertaqlîd (mengikut) pendapat mazhab Maliki.
 Lafaz niatnya ialah:


 Ertinya: “Sahaja aku puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

 Namun begitu, perlu diketahui juga, jika puasa yang wajib dilakukan secara berturut-turut itu, seperti puasa Ramadhan, terputus oleh sesuatu sebab, sama ada sebab yang dibenarkan syara‘ ataupun tidak, maka niat sebulan puasa itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya. Bahkan, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut. Dalam makna yang lain, berniat sekali lagi dan memadai dengan sekali niat bagi semua hari-hari puasa yang berbaki.

Sebab-sebab yang dikategorikan sebagai penghalang daripada puasa secara berturutan:

 1) Berlaku sesuatu yang mengharuskan seseorang itu tidak berpuasa, seperti sakit atau dalam pelayaran, walaupun dia tetap juga berpuasa (tidak berbuka puasa).

2)   Berlaku sesuatu yang membatalkan puasa, seperti datang haidh, nifas, gila, pengsan dan sebagainya

3) Berbuka puasa atau tidak berpuasa tanpa apa-apa sebab yang dibenarkan oleh syara‘.
 Oleh itu, orang yang berniat sebulan puasa jika berlaku sesuatu yang mengharuskannya tidak berpuasa, seperti sakit, dalam pelayaran atau sebagainya, maka niat puasa sebulannya itu tidak lagi memadai (tidak boleh lagi dipakai) untuk hari-hari puasanya yang seterusnya, walaupun dia tetap juga berpuasa (tidak berbuka) dalam keadaannya sakit, dalam pelayaran atau sebagainya.
 Begitu juga bagi orang yang berlaku ke atasnya sesuatu yang membatalkan puasa, seperti datang haidh, nifas, gila, pengsan dan sebagainya, niat puasa sebulannya itu tidak boleh lagi dipakai untuk hari-hari puasanya yang seterusnya.

 Sebab, ibadat puasa orang-orang seperti ini tidak lagi termasuk di dalam kategori puasa yang wajib dikerjakan secara berturut-turut yang menjadi syarat (dalam mazhab Maliki) bagi berniat sebulan itu.
 Khusus bagi orang yang berlaku ke atasnya sesuatu sebab yang mengharuskan dia berbuka puasa, seperti orang sakit dan orang yang dalam pelayaran, jika dia hendak berpuasa juga dalam keadaannya sakit atau dalam pelayaran atau sebagainya, hendaklah dia berniat puasa pada tiap-tiap malam. (Al-Qawanin al-Fiqhiyyah 104, Hasyiah al-Dusuqi 1/812-813 dan Taqrirat ‘Ulaisy 1/812-813)

 Berniat membatalkan puasa
 Adakah berniat membatalkan puasa sesudah berniat puasa memberi kesan terhadap niat puasa dan ibadat puasa itu sendiri? Umpamanya, apabila seorang itu berniat puasa, kemudian selepas beberapa ketika atau beberapa jam dia berniat pula untuk tidak berpuasa.

 Untuk mengetahui kedudukan hukum masalah ini perlu dilihat kepada dua keadaan, iaitu:
1)   Membatalkan niat puasa sebelum masuk waktu puasa
(sebelum terbit fajar)

 Orang yang berniat puasa, kemudian selepas beberapa ketika atau beberapa jam sebelum terbit fajar, dia pula berniat membatalkannya atau berniat untuk tidak berpuasa, maka dalam hal ini niatnya untuk melakukan ibadat puasa menjadi terbatal dan tidak sah baginya untuk berpuasa dengan niatnya yang mula-mula atau yang pertama itu. Sebab, dia telah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan niat yang pertama tadi.
      Untuk itu, hendaklah dia berniat puasa semula bagi membolehkannya melakukan ibadat puasa dan tidak memadai dengan niatnya yang pertama.

 2) Berniat membatalkan puasa di siang hari

    Orang yang berpuasa yang membatalkan niatnya di siang hari untuk tidak meneruskan puasanya pada siang hari itu ataupun berniat berbuka puasa pada siang hari, niat tersebut tidak membatalkan puasanya, selama mana tidak diiringi dengan sesuatu yang boleh membatalkan puasa, seperti makan, minum, bersetubuh dan sebagainya. Ini adalah pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab Syafi‘e. (Tuhfah al-Muhtaj 1/508, Majmu’ 3/248, 6/313 dan Mughni al-Muhtaj 1/424)
Oleh itu, niatnya pada siang hari untuk membatalkan puasanya itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap ibadat puasanya dan dia tetap dianggap berpuasa. 
 Kesimpulan
 Niat pada pandangan syara‘ adalah titik tolak permulaan bagi seorang itu melakukan ibadat, termasuk ibadat puasa. Walaupun persoalan niat itu nampak seperti perkara biasa, tetapi ianya penting difahami dengan betul, kerana kesannya amat besar dalam ibadat.

Sumber rujukan daripada irsyad hukum  Mufti Brunei